Pada 21 April 2016, Kantin SKB telah menerima kunjungan tetamu daripada Jabatan Kesihatan Perlis iaitu dari Unit Penilaian Kendiri, Unit Pemakanan Sihat dan Unit BESS (Bersih, Sihat,Selamat) untuk memantau kantin SKB. Semoga dengan kehadiran dan pemantauan ini, pihak kantin akan mendapat input baru dan berguna bagi memantapkan lagi pengurusan kantin SKB...... terima kasih atas segala tunjuk ajar daripada pihak JKN... :)
Rabu, 20 April 2016
Isnin, 18 April 2016
MAKANAN & MINUMAN YANG DIBENARKAN UNTUK JUALAN DI KANTIN SEKOLAH
Makanan dibahagikan mengikut beberapa kategori termasuk:
1) Nasi
2) Mi/bihun/kuetiau
3) Lauk-pauk
4) Sayur-sayuran
5) Roti
6) Kuih-muih
7) Buah-buahan
8) Bijirin sarapan
9) Kudapan/snek
10) Biskut
11) Minuman yang dibancuh
12) Minuman sedia diminum
MAKANAN YANG DILARANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah
mengeluarkan Garis Panduan Kantin Sekolah semenjam tahun 1983 lagi.
Garis panduan ini sebagai rujukan pihak sekolah dalam penyediaan makanan
yang dijual di kantin sekolah.
Garis panduan ini telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
Garis panduan ini telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
- Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
- Minuman ringan bergas.
- Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
- Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain.
- Makanan snek yang rapuh seperti ‘crackers’.
- Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
- Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
- Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.
Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:
- Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain.
- Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
- Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.
ANDA SIHAT ANDA CEMERLANG!
Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak
menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga
yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan
penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana
tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang
berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“
Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di
negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan
(obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan
menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang
menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang
sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang
ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh
badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh
badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal
yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan
tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang
menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang
kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh
sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam
kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah
satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah
mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang
diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh
seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu
menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang
itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan
zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak
cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara
yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan
seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih
efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya.
Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil
dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita
perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah
dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya
negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini.
Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah
pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu
mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya.
“Tepuk dada tanya selera”.
KREDIT : makan2sihat.blogspot.com
Khamis, 14 April 2016
Jumaat, 8 April 2016
Khamis, 7 April 2016
AHLAN WASAHLAN & SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan kantin SK Beseri. Kami amat mengalu-ngalukan kedatangan anda semua untuk menikmati pelbagai hidangan yang enak-enak dan lazat serta berkhasiat untuk anda semua. Kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada anda semua untuk memperbaiki dan menambahbaik mutu perkhidmatan kami..... Terima kasih, Thank you, Syukran, Merci, Arigatōgozaimashita ... :)
Langgan:
Catatan (Atom)